I'm Waiting You
MAMF



[Welcome to My Official Blog]

Assalamiualaikum! Soba hal khoir? Akmal Fadzil here :DD
Do follow me and Comment
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links


Music In Me





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Kenapa diciptakan NERAKA!!
Wednesday, 5 December 2012 | 07:39 | 0 BlackWhite


Assalamualaikum.....
Hari ni ada post baru....
Fikir-fikirkan dan SELAMAT BERAMAL



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”





*apsal ko x puas hati aq post bende2 camtu ha....aq taula aq bukan sebaik mane tapi aq sekurang-kurangnya cuba nak berubah....kalau x puas hati cakap ajela depan2...ape..takut ke..


Cinta Yang Sebenarnya
Sunday, 2 December 2012 | 11:05 | 0 BlackWhite

Assalamualaikum...





Hari ni nak share sesuatu...


"Katakanlah, 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Ali Imran: 31).
Ayat ini memberitahukan bahwa mencintai Allah ialah dengan mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wa Salam, menaati apa yang diperintahkannya, dan meninggalkan segala larangannya yang termaktub dalam hadis-hadis sahih yang telah beliau jelaskan kepada umat manusia. Cinta itu tidak terjadi dengan sekedar untaian kata-kata, tanpa mengamalkan petunjuk, perintah dan sunnah-sunnahnya.
Nabi Sallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda:
"Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR. al-Bukhari).
Ade dalam satu novel ni...Dia tulis...
‎"Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanita, itu tanda dia sedang beri cinta murahan. Nak pandai uji sahaja. Tak pun, touch and go." "Jika lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri, itu baru tandanya dia jujur mencintai," kata kakak. "Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan atau dijadikan pendamping seumur hidup. Dia menilai melalui cara kita melayani kata-katanya," dedah kakak. "Bagaimana?" Qani'ah bertanya. "Kalau kita terhegeh- hegeh dan senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan ayat-ayat keramat. Kalau kita ada prinsip, dia akan hormat," kata kakak. "Apa prinsip kakak?" Qan'iah bertanya lagi. "Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku'. Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk permainkan kita," kata kakak. -
petikan dari novel Cinta High Class

Sampaikanlah ayatku walau sepotong ayat

*layakkah aku untukknya????

*adakah salah untukku mengharap daripadanya???


Sekian sahaja....insya-Allah kalau dipanjangkan umur..mungkin kita kan bertemu kembali


Rama-rama terbang tinggi...!!!
Saturday, 1 December 2012 | 11:12 | 0 BlackWhite

Assalamualaikum....Cerita pasal rama-rama pulak kali ni...


RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka.."

Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya...

Tatkala kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam MUSIBAHnya, dan TEGAR dalam ujianNya


BerSYUKURlah Pada ALLAH..(◕‿◕)
Tunduk dan Sujud Di atas SEjadah CIntaMU





Sekian sahaja....


Semoga jumpe lagi la di lain masa


Insya-Allah













*banyak juga ana habiskan kredit sebab dye....huhh...tapi x kesah pon...kite kan kawan!!!!







Cinta Selepas Nikah :-)
| 10:48 | 0 BlackWhite


Assalamualaikum...
da lame ana x post something kat post nie kan...
so ana nak share satu kisah la...

Seorang lelaki yang buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita...

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya. Si suami terpaku dan merenung isterinya...

Isterinya bertanya, "Ada apa dengan mu sayang??"


Suaminya menjawab.."Demi ALLAH.. kamu sangat cantik rupawan.."
Isterinya berkata.. "Bergembiralah.. aku dengan kamu akan masuk Syurga"

Suami bertanya..."Dari mana kamu tahu itu??"
Isterinya menjawab..."Kerana kamu dianugerahi isteri yang cantik seperti aku lalu kamu bersyukur , sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar..Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk syurga" =')




Jadi,apa kesimpulannya????
Sama-sama berfikir dan selamat beramal!!!
Semoga bertemu kembali saudara...



*terasa rindu pada seseorang tapi hanya pendamkan sahaja...


kerja BWP!!!..
Sunday, 4 December 2011 | 06:20 | 0 BlackWhite
memang sibuk btul buat kerja BWP nie....emg x disangka lagi..kerja nie memang memenatkan..sampai pointer ana drop habis..mcm mne nk bahagikan mase nie...kadang2 ue ana fikir mcm nak letak jawatan..tapi fikirkan memang Allah dah anugerahkan jawatan ue kat ana untuk ana berubah menjadi insan yang lebih baik....oleh itu,ana x akan sia-siakan jawatan yang Allah dah anugerahkan kepada ana....semoga Allah akan memberkati segala apa yang telah dilakukan oleh ana untuk maktab kesayangan ana itu!!!!

baru buat blog!!!
| 02:56 | 0 BlackWhite
hahahaha......first time siot wat blog.....pergh...memang best gak ade blog sendiri nie....dah macam nie dah..........tapi sebelum ue salam perkenalan dulu.....Ahlan wasahlan wamarhaban bikum......nama ana Mohammad Akmal bin Mohd Fadzil........melihat dunia ini pada 5 Ogos 1995...so baru 16 tahun ana nie melihat dunia...